Arifin Mohamad 66 tahun (2007) atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin,
merupakan pengasas kepada "Kerajaan Langit"
(Sky Kingdom) dan disenaraikan dalam kumpulan agama sesat.
Asal
usul
Ajaran sesat ini berkampung di
Kampung Batu 13, Hulu Besut Terengganu. Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai
"Tuhan" segala agama. Manakala pengikut-pengikutnya pula menganggap
Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang
dibuatnya adalah berasaskan wahyu tersebut.
Kejayaan
dan pengaruh
Dengan kehebatan Ayah Pin memimpin
ajaran sesat Kerajaan Langit itu, ramai orang-orang tempatan malah luar negara
dari pelbagai ugama mempercayai dan mengagungkan Ayah Pin bak setinggi langit.
Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat,
agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran yang
disebarkannya. Ini termasuklah beberapa orang artis tempatan.
Pembentukan
Kerajaan Langit
Jika hendak diikutkan, Ayah Pin
bukannya orang cerdik pandai, malah dia buta huruf dan tidak tahu membaca.
Dengan pengikut-pengikutnya itu juga, Ayah Pin membangunkan kawasan Kerajaan
Langit dengan teko, pasu dan beberapa lagi replika besar untuk melambangkan
kuasa Tuhan yang diamanahkan kepada dirinya untuk melindungi dan memayungi umat
manusia.
Kejatuhan
Selepas hampir 10 tahun giat dengan
ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah
dihidu oleh pihak berkuasa dan agama tempatan. Dan akhirnya pengikut-pengikut
Ayah Pin pula ditahan dan disoal siasat serta didakwa di mahkamah. Kawasan
Kerajaan Langit juga telah dimusnahkan. Ayah Pin pula menyatakan dia tidak
boleh dianggap sesat kerana dia sudah mengistihar keluar dari memeluk Islam
semenjak 1998 lagi.
Menghilangkan
diri
Ayah Pin telah menghilang ketika
pihak berkuasa membuat serbuan, dia bersama-sama empat isterinya telah
melarikan diri daripada perkampungan tersebut. Paling menghairankan sehingga ke
hari ini, jejak Ayah Pin belum ditemui tetapi dikatakan melarikan diri ke
selatan Thailand.
Ada yang mengatakan Ayah Pin ghaib bersama isteri-isterinya. Ada pula yang
berpendapat, ada pihak termasuk pengikut-pengikut ekstremnya cuba
menyembunyikan Ayah Pin dari pengetahuan pihak berkuasa.