Friday 28 March 2014

Ajaran sesat Ayah Pin



Arifin Mohamad 66 tahun (2007) atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin, merupakan pengasas kepada "Kerajaan Langit" (Sky Kingdom) dan disenaraikan dalam kumpulan agama sesat.

Asal usul
Ajaran sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut Terengganu. Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai "Tuhan" segala agama. Manakala pengikut-pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu tersebut.

Kejayaan dan pengaruh
Dengan kehebatan Ayah Pin memimpin ajaran sesat Kerajaan Langit itu, ramai orang-orang tempatan malah luar negara dari pelbagai ugama mempercayai dan mengagungkan Ayah Pin bak setinggi langit. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran yang disebarkannya. Ini termasuklah beberapa orang artis tempatan.

 Pembentukan Kerajaan Langit
Jika hendak diikutkan, Ayah Pin bukannya orang cerdik pandai, malah dia buta huruf dan tidak tahu membaca. Dengan pengikut-pengikutnya itu juga, Ayah Pin membangunkan kawasan Kerajaan Langit dengan teko, pasu dan beberapa lagi replika besar untuk melambangkan kuasa Tuhan yang diamanahkan kepada dirinya untuk melindungi dan memayungi umat manusia.
Kejatuhan
Selepas hampir 10 tahun giat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa dan agama tempatan. Dan akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin pula ditahan dan disoal siasat serta didakwa di mahkamah. Kawasan Kerajaan Langit juga telah dimusnahkan. Ayah Pin pula menyatakan dia tidak boleh dianggap sesat kerana dia sudah mengistihar keluar dari memeluk Islam semenjak 1998 lagi.

Menghilangkan diri
Ayah Pin telah menghilang ketika pihak berkuasa membuat serbuan, dia bersama-sama empat isterinya telah melarikan diri daripada perkampungan tersebut. Paling menghairankan sehingga ke hari ini, jejak Ayah Pin belum ditemui tetapi dikatakan melarikan diri ke selatan Thailand. Ada yang mengatakan Ayah Pin ghaib bersama isteri-isterinya. Ada pula yang berpendapat, ada pihak termasuk pengikut-pengikut ekstremnya cuba menyembunyikan Ayah Pin dari pengetahuan pihak berkuasa.

Berita tentang ajaran sesat



Rujukan


  • http://www.slideshare.net/faizahyahya9/ajaran-sesat-25989648
  • http://rufaqa-sesat.blogspot.com/
  •  http://khalic.com/mengenali-ajaran-sesat-di-malaysia/
  • http://fitrahcorner.blogspot.com/

Kesimpulan

Ajaran sesat membawa pelbagai kesan buruk dalam kehidupan manusia yang tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh dan utuh. Oleh yang demikian satu anjakan paradigma harus dilaksanakan oleh badan-badan kerajaan dan swasta serta masyarakat sejagat agar dapat mengatasi masalah akidah yang sudah pastinya menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar.

Pandangan Ulama

  • Fatwa ulama Syam, Mesir dan Maghribi: Para ulama mujtahid berijma’, dilarang mengambil ilmu dari Ahli Ajaran Sesat. Zina adalah dosa besar, namun lebih ringan daripada orang yang bertanya tentang masalah agama kepada Ahli Ajaran Sesat. (Fatawa A’immah al-Muslimin bi Qath’ie al-Lisan al-Mubtadi’in, hlm. 131)

  • Ibnu Abd al-Bar menukilkan perkataan Imam Malik, “Tidak boleh mengambil ilmu dari empat orang; 1. orang yang sangat dungu, 2. ahli Ajaran Sesat yang mengajak kepada ajarannya, 3. orang yang dikenal suka berdusta kepada manusia meskipun tidak mendustakan hadith Nabi s.a.w. dan 4. dari orang yang soleh yang tidak tahu status hadith yang diriwayatkan.” (Jami’ Bayan al-Ilmi, hlm. 348)

Dalil al-Quran dan Hadis

Ajaran yang menyalahi ajaran  akidah Islam merupakan kategori kufur yang keji dan membabitkan hukuman serta implikasi yang amat berat, dalilnya sebagaimana yang dinyatakan Al-Quran
  • Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) daripada agamanya (Agama Islam) lalu ia mati sedangkan dalam keadaan kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah segala amal usahanya (yang baik) didunia dan akhirat. Mereka itulah ahli neraka dan kekal didalamnya (selama-lamanya) (surah Al-Baqarah 2: 217)
  • Dalil daripada hadis Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Said bin Aslam r.a. bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menukar agamanya hendaklah dipancung lehernya “ (al-Muatta).
  • Allah berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيُرِيدُونَ أَنْ يُفَرِّقُوا بَيْنَ اللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيَقُولُونَ نُؤْمِنُ بِبَعْضٍ وَنَكْفُرُ بِبَعْضٍ وَيُرِيدُونَ أَنْ يَتَّخِذُوا بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا . أُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ حَقًّا وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُهِينًا"
Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: “Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)”, serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir), merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan" (QS al-Nisa’ [4]: 150-151).

Contoh-contoh ajaran sesat


Taslim

1. Taslim diasaskan oleh Haji Muhammad Syafie atau lebih dikenali dengan panggilan Haji Muhammad Matahari.
 

2. Ajaran ini mula wujud pada tahun 1870-an di Kampung Seronok di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
 

3. Ajaran ini merupakan ajaran sesat yang paling tua di Malaysia. Ajaran ini juga mempunyai persamaan dengan kepercayaan Syiah Ismailiah Batiniah.

Ciri-ciri kesesatan ajaran Taslim ialah:
(a) beriktikad bahawa diri batin manusia ialah Allah dan diri zahir manusia ialah nur Muhammad;
(b) beriktikad bahawa alam ini bersifat qadim;
(c) mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu;
(d) mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin;
(e) menolak kewujudan hari kiamat, syurga,dan neraka;
(f) solat secara niat tanpa rukun qauli(perkataan) dan fikli (perbuatan);
(g) menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum.

Contoh-contoh ajaran sesat


Bahai

1. Bahai diasaskan oleh Husain Ali Al-Mazandani yang meninggal dunia pada tahun 1892 Masihi.
 

2. Bahai adalah nama sempena pengasasnya yang digelar sebagai Baha'ullah.
 

3. Ajaran Bahai adalah lanjutan kepada ajaran Al-Babiah yang diasaskan oleh Ali Muhammad Al-Syirazi yang meninggal dunia pada tahun 1850 Masihi.
 

4. Ajaran Bahai muncul di Iran pada tahun 1847 Masihi.
 

5. Ajaran Bahai mula tersebar di Malaysia pada tahun 1953 melalui Yan Kee Leong.
 

6. Ciri-ciri kesesatan ajaran Bahai ialah:
(a) beriktikad bahawa pengasasnya ialah jelmaan Allah S.W.T.;
(b) beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai;
(c) beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa'(kekal);
(d) beriktikad bahawa kitab suci mereka iaitu Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi;
(e) beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib;
(f) mengagungkan kod 19 hingga kononnya Al-Quran dipengaruhi oleh kod tersebut;
(g) menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga, dan neraka;
(h) memansukhkan agama Islam;
(i) menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baru;
(j) mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa 19 hari, solat sebanyak 9 rakaat dan dikerjakan 3 kali sehari, dan berwuduk dengan air mawar atau diganti dengan bacaaan Bismillahil Athar sebanyak lima kali; menghapuskan jihad.

Contoh-contoh ajaran sesat


Qadiani

1. Pengasasnya ialah Mirza Ghulam Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 1908 Masihi.


2. Nama Qadiani ialah sempena tempat lahir pengasasnya di Qadian iaitu sebuah kampung di Daerah Gusdapur, India.
 

3. Ajaran ini mula muncul pada tahun 1889 Masihi.
 

4. Ajaran ini dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatullah pada tahun 1949 Masihi.
 

5. Ciri-ciri kesesatan ajaran Qadiani ialah:
(a) beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi, nabi, dan jelmaan Krisyna (tuhan mengikut kepercayaan Hindu);
(b) beriktikad bahawa Allah S.W.T. menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitab suci yang bernama Al-Tazkirah;
(c) beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad memiliki sejuta jenis mukjizat;
(d) menghapuskan jihad;
(e) mengubah ayat Al-Quran seperti ayat 6 surah Al-Saf, ayat 52 surah Al-Haj, dan ayat pertama surah Al-Qadr;
(f) mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah S.W.T;
(g) mengisytiharkan Qadian sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji;
(h) mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinegar, India;
(i) menghukum kafir selain penganut Qadiani.

Langkah menangani ajaran sesat



LANGKAH-LANGKAH MENANGANI AJARAN SESAT

1. Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar. Pengaruh ajaran sesat dapat ditangkis dengan kefahaman Islam yang sebenar melalui proses pembelajaran secara formal atau tidak formal.
2. Menyebarkan ajaran Islam. Ajaran Islam hendaklah sentiasa didedahkan kepada masyarakat menerusi pelbagai kaedah seperti media cetak, elektronik, ceramah, seminar, forum, dan simposium.
3. Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang Penguatkuasaan undang-undang secara bersepadu oleh semua pihak akan dapat membendung kegiatan ajaran sesat daripada terus menular dalam masyarakat.
4. Program pemulihan akidah. Orang yang terlibat dengan ajaran sesat amat memerlukan kepada program pemulihan akidah, Di Malaysia terdapat beberapa buah pusat pemulihan akidah seperti Pusat Pemulihan Akidah Jelebu, Negeri Sembilan dan Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam, Selangor.

Ajaran sesat Ayah Pin

Arifin Mohamad 66 tahun (2007) atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin , merupakan pengasas kepada " Kerajaan Langit " (Sky Kin...